Searhc Form

Tuesday 7 July 2015

Puding Roti Bakar

Puding Roti Bakar

Assalamualaikum... selamat sejahtera semua
Alhamdulillah, hobi sy semakin diterima oleh org disekeliling sy
dan terbaru resepi yang sy cuba ialah puding roti bakar
mudah, sedap, dan ummmmph.... tak terkata
berikut adalah bahan2nya

Bahan-bahannya
6 keping roti
2 cawan susu segar / susu cair
4 biji telur
3/4 cawan gula pasir
Kismis / buah kering
butter / majerin
ising vanila / perasa kegemaran


Cara-caranya


Pertama sapu butter ada roti anda, hanya sebelah yer..



Carik-carikkan roti tadi secara memanjang atau ikut suka anda
susun dalam loyan yg telah disapukan butter.
Saiz loyan akan menentukan rasa puding anda. Jika anda suka yg lebih garing sila guna loyan yg lebih lebar ( puding kita akan nipis ), jika suka yg lebih moist, lembut, sedikit rasa mcm karamel seperti mana sy suka anda boleh guna loyan yg lebih kecil dan dalam.




Hiaskan roti anda dengan buah kering kegemaran anda, sy ambil kismis minda anak sy 
dan beberapa buah kurma. Anda boleh menambahnya mengikut citarasa anda.




Masukkan susu, telur, gula dan ising ke dalam bekas yang
sesuai.



Pukul bahan tersebut hingga rata, lagi gebu / kembang lagi baik.



Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan tekan 
dengan menggunakan garfu ( jangan guna tangan )
enzim tangan anda akan mengganggu rasa puding anda.
Biarkan selama 5 hingga 10 minit supaya adunan meresap kedalam roti.
Bakar dalam oven selama 50 minit pada suhu 170c 
( Adalah lebih baki anda panaskan oven terlebih awal )


Pada peringkat awal puding akan naik meninggi ( tanda puding anda menjadi )
dan akan turun semula ketika sejuk.


Aduan yg sy sediakan tadi utk satu bekas yer...
oleh krn ada tempahan yg banyak  dua adunan sekali buat..... cepat sikit...

Berikut adalah cara dihidangkan... piring yg disebelah tak sempat ditangkap gambarnyer 
habis terus ader peminat suka makan panas-panas, 
tapi sy suka makan yg sejuk disimpan dalam peti ais

Ader ketika puding ini sedap dimakan bersama sos
tetapi sy rasa tanpa sos dah dikira cukup sedap
nntlah apabila dah puas yg ni sy upgread kpd yg ader sos plak
selamat mencuba
jika tak sedap jgn salahkan sy
jika pasangan anda marah krn tak kemaskan dapur jgn salahkan saya

selamat mencuba
doakan kesejahteraan kami sekeluarga


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons