Searhc Form

Sunday 25 January 2015

Sambal Kick Sri Putih



Sambak Kick Sri Putih

Assalamualaikum.... untuk kali ini saya ingin kongsi keghairahan saya dengan semua sahabat iaitu sambal yg baru diberi nama dengan Sambal Kick Sri Putih...
Sambal ini cukup istimewa, samaada rasanya atau bagaimana ia dicipta. Ia dihasilkan dengan penuh cita rasa dan memori yg cukup sentimental.
Ceritanya bermula dari jamuan maulidurrasul. Hidang nasi beriani agak biasa bagi sy walaupun ahli masjid memujinya besssst....
Nasi hampir setengah pinggan....sy ambil sambal untuk sebagai penambah perisa dan selera...sy terhenti buat seketika..... nasi dikunyah perlahan2, aroma, memori, ....aperlagi...tak terkata
sambal ini cukup istimewa walaupun ramai tak peduli jika dibandingkan dengan lauk pauk yg disediaka bersama nasi beriani...
Sy teringat kepada guru ngaji Quran yg cukup masyhur dengan sambalnya....
Malam itu sy bungkus baki sambal.....agak banyak bertahan 4 hari..heheheee...
Pada hari ke 4....stok sambal habis...sy mula gelisah..... mesti buat sesuatu...cuba tanya yg empuya diri buat sambal...senyap ajer...
Sy bawa baki sambal ke makmal...buat bedah siasat...bahan aper yg digunakan.... feh......
akhirnya sy berjaya memecah rahsia itu..
dan ini perkongsiannya...

Bahan2nya...
3 biji lada besar tanpa biji
( Jika anda sukar dapatkan lada besar tanpa biji, beli lada besar biasa, buangkan bijinya )
7 biji lada kecil ( lada burung )
9 biji limau kasturi
1 sudu besar garam kasar
3 sudu gula pasir
1 biji tomato ( saiz kecil )
1 labu bawang putih


Langkah 1 : Perlindungan tangan anda ( sebagai tambahan pakai cermin mata )

Langkah 2 : Tumbuk Bawang Putih....keluarkan

 Langkah 3 : Tumbuk lada burung bersama garam kasar ( Garam kasar membantu mempercepatkan lada hancur )...keluarkan
Langkah 4 : Tumbuk lada besar ( Potong kecil akan membantu anda untuk menjimatkan tenaga dan risiko kemalangan percikan haba panas )...pedasssss...keluarkan

 Langkah 5 : Potong limau...keluarkan biji....kesilapan  memasukkan biji limau akan merencatkan rasa sambal anda..

 Perah air limau kedalam lesung...petua utk dapatkan rasa izotik sambal...perah dalam 3 biji dan tuang air ke dalam bekas sambal tadi.....

Langkah 6 : Masukkan gula sebagai bahan penstabil...ini yg menyebabkan sambal kita boleh simpan lama...jgn banyak sangat....nnt sambal kita manis plak...

Langkah 7 : Gal serata dan tambah potongan limua kasturi yg dipotong halus...utk dapatkan rasa kia...
( sila rujuk kamus dewan untuk maksud kia.....bukan kereta kia tau )

Langkah 8 : Gaul serata dan acu cuba tra test...manisnya, masamnya, kianya, aper2lah dan simpan dalam peti ais. Pada asasnya sambal ini praktikal dimakan selepas 3 hari...so sabar dulu....simpan tiga 3 hari...prose penapaian dan penstabilan..... utk segera dimakan serta merta anda boleh menambah msg tertapi kurang baik utk kesihatan...sakit tekak...ini tak mengapa jika anda bukan penyanyi rock..
hehheeeee
selamat mencuba..


Lesung batu...hadiah perkahwinan dr ibu mertua....masih bertahan...waranti sepanjang hayat...



beeeessttttt....

Saturday 17 January 2015

Cara Buat Kek Sarang Semut @ Gula Hangus

Cara Buat Kek Gula Hangus


Jom buat kek gula hangus...

Assalamualaikum...kali ini resipi kita ialah kek gula hangus atau nama lainnya kek sarang semut. Mengikut maklumat saya perolehi begitu banyak mempertikaikan tentang sifat2 dan ciri2 kek ini adakah ia betul2 kek atau pencuci mulut. Agak berbeza dari kek2 lain, kek ini tidak mudah jemu untuk dimakan. Kek lain agak lemak dan sesiapa akan makan sedikit jika dibandingkan dengan gula hangus. Status kek atau pencuci mulut sama statusnya antara panda, Adakah panda seekor beruang. Ahli zoologist hangat memperkatakan panda berbeda dengan beruang yang masih wujud sekarang. Kembali kepada kek gula hangus...keluarga sy lebih mengemari kek ini jika dibanding dgn kek2 lain...cepat habis,,,,, laku....

Bahan2nyer

utk 2 acuan ( sebab oven aku muat 3 acuan )

Bahan Air Gula
Gula Pasir 2 cawan
Air panas 2 cawan
Majerin 2 sudu besar

Bahan Adunan
Gandum ( Kualiti Premium ) 2 cawan
Soda Bikarbonat 4 sudu teh
Telur Ayam ( B ) 8 biji
Esen Vanila 2 sudu teh
Susu Pekat Manis ( suhu bilik ) 2 cawan


Cara2nya....

Air gula yang dihanguskan.....( sila guna api bersaiz kecil untuk elak hangit )

Berikut adalah cara membuatnya..

masukkan  kesemua gula, kacau hingga cair...

setelah gula cair sepenuhnya masukan air...hati2 mungkin berlaku letupan... sila pejam mata atau minta tolong bantuan isteri..( isteri lebih arif di dapaur jika dibandingkan dengan si suami hehee )

proses ini perlu sedikit kesabaran....setelah ketulan gula hangus larut masukkan majerin...

heheeee...sayaaang!!!! yg maner satu saiz sudu kecil ni...( baru beli sudu besi tahan karat heee.. ) 

masukkan dan ayak perlahan...utk elak penat mengemas nnt..

rasanyer bahan ini yang masukkan tadi....kat belakang tu buku resipi... lps letak tepi gandum itu

Cara Buat Adunan 

Pecahkan telur...pastikan kulit telur dikecualikan...

pukul.....pukul jgn tak pukul...

sila ikut model... 

setelah telur kembang, masukkan tepung sikit demi sedikit pukul , lps tu masukkan air gula yg telah dihanguskan sejuk ( suhu bilik) pukul... lps tu masukkan susu pekat manis...pukul  sehingga agak lembut jgn terlalu lama...

ha!....lebih kurang macam ni...bau sikit kurang meyenangkan...masukkan vanila....baru wangi...jgn minyak wangi dah ler.. tutup adunan dan rehatkan selama 2 jam 30 minit hingga 3 jam

selepas direhatkan dan terlena ( chef yg lena ) masukkan ke dalam loyang yg telah disapu majerin sebelumnyer..
ready to oven...170c selama 40 hingga 45 minit
semasa dalam oven anda boleh guna jari atau lidi untuk uji kek sudah tersedia masak atau belum

selamat mencuba....
Insya Allah ....
menjadi
sssedap...


Cara Buat Roti Sarang Lebah


Roti Sarang Lebah

Assalamualaikum....saya cukup boring cuti sekolah yang panjang ditambah pula tiada tempahan perkhidmatan photografi....sy mempunya amat banyak masa terluang. Hujan musim tengkujuh....monsun cup... menghadkan lagi aktiviti luar. Aper nak buat yer.... jadi chef la pulak... Banyak juga menu yg saya pilih dan berjaya sy buat tapi yg ini paling menarik dan banyak tempahan. Ader kroni tanya macam mana nok buat ni.... best laaa....Jadi..ni dia langkah demi langkah sy tunjukkan cara buat roti sarang lebah...yg tiada lebah...hanya madu sahaja.... selamat mencuba...

Bahan

Roti
Gandum Hiproten 5 cawan
Baking Powder 1.5 sudu kecil
Garam Halus 1 sudu kecil
Gula Kasar 2 sudu besar
Air Kosong 1 cawan
Mauripan 0.75 sudu besar
Minyak Jagung 0.75 cawan
Yogurt Asli 0.75 cawan
Senyuman 1 ulas

Sos
Butter 0.5 inci
Gula Perang 1 cawan
Susu Cair 1 cawan
Esen Vanila 1 sudu kecil


Cara-caranya.....

Pertama tama ialah bancuh mauripan.... yis kering.. dengan air kosong


sukat gamdum....pastikan jgn terlebih. jgn getarkan cawan...letak cawan diam2...tuang gamdum perlahan2...... cukup tuang dalam loyan spt cara sy buat..... gandum yg lebih sukatan akan menyebabkan roti keras


masukkan baking powder tiga kali cholek spt model buat...cun kan..


kacau campuran baking powder...biar betul2 rata...
baru masukkan garam dan gula ....gaul biar rata

masukkan minyak jagung...

ramas supaya adunan lebih halus..

masukkan larutan mauripan gaul sedikit...

masukkan yogurt..uli dgn sudu...

uli dgn tangan supaya adunan lembut

terbalibalikkan adunan...tahap kritikal...menentukan roti anda lembut dan 
kekal lembut utk 2 hingga 3 hari

adunan yg baik...kurang sisa melekat kat jari... model ni mempunyai kelebihan yg istimewa... adunan mesti menjadi....rasi uli tepung

rehatkan adunan selama 5 hingga 10 minit...kesian kena buli...

sementara menunggu sapu majerin pada loyan.....hehee

saiskan doh anda dan susun sesuka hati anda..

sy susun dengan corak yg standard

untuk menambah keseronokan kita boleh letam badam, biji labu, biji matahari atau aper saja yg menjadi kegemaran anda

rehatkan doh dalam 1 hingga 2 jam bergantung kualiti doh anda....sy rehatkan doh hampir 2 jam


apabila doh dah mengembang pada tahap yg sesuai dan sapu campuran telur kuning dan susu cair..

ni dia...ready to oven

nilah hasilnya




Taraaaaa....Kita buat madunya plak

setengah inci butter

satu cawan susu cair dan gula perang

cairkan butter..masukkan gula perang...pastikan betul2 larut baru masukkan susu cair

masukkan esen vanila
didih biar pekat...semua proses ini menggunakan api kecil

siap untuk dinikmati...



sila lihat bawah untuk rujukan

 contoh yogurt yg sy guna....buah limau hanya sekadar hiasan


Kuali Mauri ( mauripan ) sy beli sepapan murah sikit....suka buat roti dan chokodok..( JJeput )

selamat mencuba...
salah silap harap maaf...kalu tok jadi roti sarang lebah sila 
rujuk ke kedai roti dan beli yg dah siap...heheee...gurau jer..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons