Sunday, 25 January 2015

Sambal Kick Sri Putih



Sambak Kick Sri Putih

Assalamualaikum.... untuk kali ini saya ingin kongsi keghairahan saya dengan semua sahabat iaitu sambal yg baru diberi nama dengan Sambal Kick Sri Putih...
Sambal ini cukup istimewa, samaada rasanya atau bagaimana ia dicipta. Ia dihasilkan dengan penuh cita rasa dan memori yg cukup sentimental.
Ceritanya bermula dari jamuan maulidurrasul. Hidang nasi beriani agak biasa bagi sy walaupun ahli masjid memujinya besssst....
Nasi hampir setengah pinggan....sy ambil sambal untuk sebagai penambah perisa dan selera...sy terhenti buat seketika..... nasi dikunyah perlahan2, aroma, memori, ....aperlagi...tak terkata
sambal ini cukup istimewa walaupun ramai tak peduli jika dibandingkan dengan lauk pauk yg disediaka bersama nasi beriani...
Sy teringat kepada guru ngaji Quran yg cukup masyhur dengan sambalnya....
Malam itu sy bungkus baki sambal.....agak banyak bertahan 4 hari..heheheee...
Pada hari ke 4....stok sambal habis...sy mula gelisah..... mesti buat sesuatu...cuba tanya yg empuya diri buat sambal...senyap ajer...
Sy bawa baki sambal ke makmal...buat bedah siasat...bahan aper yg digunakan.... feh......
akhirnya sy berjaya memecah rahsia itu..
dan ini perkongsiannya...

Bahan2nya...
3 biji lada besar tanpa biji
( Jika anda sukar dapatkan lada besar tanpa biji, beli lada besar biasa, buangkan bijinya )
7 biji lada kecil ( lada burung )
9 biji limau kasturi
1 sudu besar garam kasar
3 sudu gula pasir
1 biji tomato ( saiz kecil )
1 labu bawang putih


Langkah 1 : Perlindungan tangan anda ( sebagai tambahan pakai cermin mata )

Langkah 2 : Tumbuk Bawang Putih....keluarkan

 Langkah 3 : Tumbuk lada burung bersama garam kasar ( Garam kasar membantu mempercepatkan lada hancur )...keluarkan
Langkah 4 : Tumbuk lada besar ( Potong kecil akan membantu anda untuk menjimatkan tenaga dan risiko kemalangan percikan haba panas )...pedasssss...keluarkan

 Langkah 5 : Potong limau...keluarkan biji....kesilapan  memasukkan biji limau akan merencatkan rasa sambal anda..

 Perah air limau kedalam lesung...petua utk dapatkan rasa izotik sambal...perah dalam 3 biji dan tuang air ke dalam bekas sambal tadi.....

Langkah 6 : Masukkan gula sebagai bahan penstabil...ini yg menyebabkan sambal kita boleh simpan lama...jgn banyak sangat....nnt sambal kita manis plak...

Langkah 7 : Gal serata dan tambah potongan limua kasturi yg dipotong halus...utk dapatkan rasa kia...
( sila rujuk kamus dewan untuk maksud kia.....bukan kereta kia tau )

Langkah 8 : Gaul serata dan acu cuba tra test...manisnya, masamnya, kianya, aper2lah dan simpan dalam peti ais. Pada asasnya sambal ini praktikal dimakan selepas 3 hari...so sabar dulu....simpan tiga 3 hari...prose penapaian dan penstabilan..... utk segera dimakan serta merta anda boleh menambah msg tertapi kurang baik utk kesihatan...sakit tekak...ini tak mengapa jika anda bukan penyanyi rock..
hehheeeee
selamat mencuba..


Lesung batu...hadiah perkahwinan dr ibu mertua....masih bertahan...waranti sepanjang hayat...



beeeessttttt....

3 comments:

zamizi jusoh said...

Napok sedap tu... boleh tra ni

Azian Nd said...

Sambal belacan pembuka selera...

Azian Nd said...

Sambal belacan pembuka selera...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons